02.11.2023: Keputusan Fed punca USD melemah. USDX, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/INR, EUR/INR

Sementara Jerome Powell mencerminkan andaian akan terdapat satu lagi kenaikan kadar, pasaran nampaknya menjangkakan penghujung kitaran pengetatan Fed. Dolar AS dan hasil Perbendaharaan berada di bawah tekanan daripada jangkaan bahawa kadar faedah telah pun berada dikemuncak serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemelesetan.
Akibatnya, dolar AS susut mendadak semalaman daripada paras tertinggi bulanan berhampiran 107 kepada 106.4 di tengah-tengah kejatuhan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun, mencapai paras terendah 2 minggu pada 4.7%.
Akibatnya, dolar AS telah melemah secara keseluruhan. Indeks dolar AS memulakan sesi dagangan Khamis bergerak mendatar dalam julat sempit diantara 106.3-106.5. Esok, pasaran mata wang mungkin akan memberi tindak balas terhadap keluaran data gaji Nonfarm AS untuk bulan Oktober.
Sementara itu, rakan sejawat matawang G6 AS meraikan keuntungan. Pasangan dolar/yen menembusi paras 150.2 hari ini. Walau bagaimanapun, faktor asas masih menyebelahi dolar AS, oleh itu pasangan matawang ini membuat pemulihan kepada 150.4.
Pengukuhan jangka pendek yen adalah disebabkan oleh kelemahan sementara dolar AS. Walaupun harga berhenti seketika semalam, bank pusat AS kekal ultra-hawkish.
Manakala bank of Japan masih dengan pendirian monetary yang sangat longgar. Keputusan pengawal selia Jepun baru-baru ini untuk melonggarkan kawalan ke atas kadar faedah jangka Panjang, tidak banyak mengubah imbangan kuasa.
Langkah ini tidak mencukupi untuk mengecilkan jurang antara kadar faedah AS dan Jepun yang telah mempengaruhi mata wang selama bertahun-tahun. Akibatnya, yen didagangkan dalam julat diantara 150.1-150.9 pada awal dagangan Khamis dan kekal dengan risiko susut nilai selanjutnya berbanding dolar AS.
Dapat diperhatikan, semua carta-carta harga dalam ulasan video hari ini membuat pergerakan mendatar untuk beberapa waktu tanpa sebarang lonjakan mendadak dalam turun naik harga.
Seterusnya aset-aset membuat jeda sementara dalam mencerna keluaran berita daripada Fed semalam.
Walau bagaimanapun, mata wang antipodean cenderung meningkat seiring dengan pasaran saham AS dan kenaikan harga minyak.
Ini dapat diperhatikan menerusi matawang Aussie yang terus meningkat dalam julat diantara 0.6389-0.6440 semasa sesi Asia. Walau bagaimanapun, ia kemudian didagangkan mendatar dan harag berada di atas paras 0.642.
Dolar New Zealand juga meningkat dan mengukuh dalam sesi Asia pada hari Khamis. Akibatnya, pasangan kiwi/dolar didagangkan dalam julat luas diantara paras sokongan 0.5845 dan paras rintangan 0.5898.
Bagaimanapun, pemulihan kiwi hanya berlaku kerana penjualan dolar AS dalam pasaran. Data ekonomi dari New Zealand secara amnya adalah lebih lemah berbanding ramalan. Faktor ini mengehadkan potensi menaik mata wang negara itu.
Akhir sekali, mata wang India turut kehilangan tempat pada hari ini. Bagaimanapun, rupee berjaya mengekalkan keuntungan sederhana berbanding dolar AS. Seperti yang diperhatikan, rupee didagangkan dalam julat diantara 83.00-83.35 sejak tiga bulan lalu.
Masalah terbesar di negara India pada ketika ini ialah risiko geopolitik, yang membawa kepada harga minyak dan komoditi yang lebih tinggi. Ketua bank pusat India percaya bahawa negara itu berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding negara-negara serantau dan boleh mengurangkan sebarang potensi berisiko.
Selain itu, esok India merancang untuk menjual bon 50 tahunnya, yang dijangka mendapat permintaan tinggi. Pada bulan Oktober, pasaran saham India menyaksikan aliran keluar terbesar sejak bulan Januari. Pelabur-pelabur asing dicatat telah menjual aset sebanyak $2.74 bilion pada bulan lepas.
Video_middle 02_end

00:00 Intro
00:25 Jerome Powell
01:26 USDX
02:32 USD/JPY
03:42 AUD/USD
04:31 Michele Bullock
05:05 NZD/USD
05:41 USD/INR
06:03 India

FX Analisis:
Kalender Forex:
Berita Forex:

Carta Forex:
Buka akaun dagangan:
Peraduan InstaForex:

Blog korporat:

#forex_news # asian_session #instaforex_tv

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 が付いている欄は必須項目です